Isnin, 5 Januari 2009

Hukum Jihad di Negara yang berjauhan dari Palestin

Tidak diragukan lagi bahawa kewajipan jihad ke atas Israel merupakan hukum wajib ke atas umat Islam yang tinggal berjauhan dengan Palestin namun tuntutan tersebut berbeza-beza ke atas setiap orang berdasarkan kemampuan dan situasi. Maka dalam hal ini berdasarkan kalam ulama’ adalah diyakini bahawa hukum berjihad ke atas Israel masih bertaraf Fardhu Kifayah (kewajipan secara umum) seperti halnya amalan wajib secara kifayah yang lain seperti Solat Jumaat, pengurusan Jenazah, solat berjemaah dan selainnya.

Namun begitu, sekiranya tiada sesiapa yang melaksanakan kewajipan ini daripada pihak yang dituntut maka seluruh umat Islam yang terlibat adalah berdosa. Maksudnya hukum berjihad melawan Israel ialah wajib ke atas seluruh umat Islam di Malaysia secara Fardhu Kifayah dan sekiranya tiada sesiapa pun daripada umat Islam di Malaysia yang melaksanakan kewajipan ini dengan mengirim bantuan baik berupa kewangan, senjata dan tentera (askar) ke Palestin bagi menahan dan membalas serangan Israel maka seluruh umat Islam di Malaysia dibebani dosa yang amat besar.

Menjadi tanggungjawab kerajaan dan pihak pemerintah untuk melaksanakan kewajipan Fardhu Kifayah ini untuk membebaskan umat Islam Malaysia daripada dibebani dosa dan oleh yang demikian sejumlah bantuan askar, kewangan dan senjata perlu dibekalkan sebagai bantuan kepada umat Islam di Palestin dan membantu mereka melawan dan menahan musuh Islam iaitu Israel.

Perlu diingat usaha ini hendaklah dilakukan atas nama agama (Melaksanakan Syiar Islam) dan bukannya di atas alasan dan niat lain seperti semangat kebangsaan, sokongan kemanusiaan dan alasan keamanan dan kononnya untuk menyokong usaha PBB dan sebagainya. Ini kerana tanpa dilakukan usaha pengiriman bantuan ini di atas nama agama Islam, tidak diniatkan atas nama jihad maka bantuan yang dihulurkan adalah sia-sia dan kewajipan Fardhu Kifayah masih tetap belum tertunai dan terangkat daripada bahu umat Islam di Malaysia.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya setiap amal perbuatan itu dilakukan dengan niat dan bagi setiap perkara itu dinilai berdasarkan apa yang diniatkan.” (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekali lagi perlu dinasihatkan kepada pihak pemerintah, sekiranya usaha jihad berupa Fardhu Kifayah ini tidak dapat tertegak di atas alasan kononnya terikat dengan perjanjian antarabangsa, enggan menonjolkan semangat keagamaan dan cuba mahu menyorokkan syiar Islam dengan alasan menghormati Semangat Sekular yang ditanamkan oleh Penjajah British ke dalam Negara ini maka menjadi kewajipan pula kepada rakyat yang beragama Islam di dalam Negara ini untuk menjatuhkan kerajaan, menggugurkan pemerintah dan melakukan perubahan ke atas kuasa politik di Negara ini bagi membolehkan sebuah pemerintahan baru ditegakkan yang akan dapat menunaikan kewajipan Fardhu Kifayah bagi mengirimkan bantuan dan usaha jihad ke atas umat Islam Palestin.

Sabda rasulullah yang bermaksud : “ Apabila aku memerintahkan kamu dengan sesuatu arahan maka hendaklah kamu mengusahakannya semampu kamu.” (hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim no. 3199)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan