Khamis, 29 Oktober 2009

life do so many crazy things to us.

Aku sedar diri aku dah umur 30 tapi aku selalu menganggap diri aku nie masih di awal 20an atau 18. tetapi aku tetap sedar diri bahawa aku bukannya tergolong dalam awal remaja lagi, tapi dah masuk alam dewasa. Kawan-kawan aku pun selalu bercakap aku nie masih tak berubah. masih macam dulu. Ya…mungkin dari segi penampilan dan sikap aku masih macam dullu. Tapi tidak dari segi pemikiran dan juga pengetahuan aku. Aku rasa, dari segi itu, aku lagi dewasa dari mereka-mereka yang merasakan mereka sangat layak untuk berkata-kata.

Tidak kisahlah apa orang kata, apa orang fikir, yang penting kita adalah diri kita dan siapa kita. Jati diri sendiri itu penting. Kalau orang yang sebaya kita atau kawan-kawan kita sendiri tidak dapat menerima siapa diri kita sebenarnya, dia memang tidak layak untuk bersama dengan kita.

Bukannya apa, kenapa perlukan perubahan, perlu hipokrit semata-mata nak menunjukkan kita ini sama dengan mereka. boleh bergaul dengan mereka. Kenapa kita perlu berubah mengikut mereka. Penerimaan itu adalah sangat penting.
Sedar diri bukannya bermaksud perubahan secara total, bukannya boleh digambarkan secara luaran, tetapi melibatkan rohaniah dan juga pemikiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan