Khamis, 19 Mac 2009

Apa itu Earth Hour?



Earth Hour merupakan acara tahunan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh WWF bagi menangani masalah pemanasan global dengan menyarankan kepada seluruh dunia supaya tindak menggunakan peralatan elektrik selama satu jam pada hari sabtu terakhir bulan March.

Acara ini diilhamkan oleh WWF-australia pada tahun 2007, sebanyak 2.2 juta rumah serta premis perniagaan memadamkan penggunaan lampu selama satu jam. setahun kemudian, acara ini dianjurkan ke peringkat global dengan 50 bilion penduduk di 35 negara menyertai kempen ini. mercu2 tanda seperti Golden Gate Bridge di san fransisco, Colosseum di Rom serta Coca-cola Billboard di time square bergelap bagi menyokong kempen ini sebagai tanda keperihatinan terhadap pemanasan global.

Pada 28 March 2009- 8.30pm, Untk pertama kalinya Malaysia, menyertai Kempen "Earth Hour" secara rasmi. Untuk kempen kali ini, sasaran seramai lebih dari satu juta penduduk di 1000 buah bandar seluruh dunia memadam lampu yang tidak digunakan selama satu jam bagi menujukkan keperihatinan terhadap perubahan iklim (pemanasan global)

So.. saya menyeru kepada semua rakyat malaysia, marilah kita sama2 mengorbankan waktu kita selama satu jam untuk memadamkan suis lampu anda, pada 28 Mac 2009, pukul 8.30 malam hingga 9.30 sebagai tanda kita menyokong BUMI, dan mengatakan tidak kepada fenomena Pemanasan Global.. tindakan kita hari ni, mungkin mampu menyelamatkan masa depan generasi akan datang...



Jom padam suis!!! :)


ps : Nak bagitau mak abah, adik bradik, jiran-jiran sekeliling, satu taman perumahan and all kawan2 and sedara mara utk same2 padam lampu 28hb nnt.. korang jngan lupe join skali! tau? :D



For more info, go to their official website http://www.earthhour.org.my

-ajibynwa-

2 ulasan:

  1. peerrhh ciap ada translation lg la abg ajib!!cayolah..

    BalasPadam
  2. alaaa...xkn nk ddk dlm glap kot !! hahaa...ssh le nnt !! lg ssh klu dak adam nk susu...hahaa !!

    BalasPadam