Khamis, 19 Februari 2009

Sebelum dan selepas berkahwin


Perkahwinan adalah dituntut dalam Islam kerana selain dapat mengelakkan maksiat, perkahwinan juga membolehkan kita mendapat keturunan dan menambah umat Nabi Muhammad.

Tetapi tidak semua perkahwinan berakhir dengan satu yang indah. Sering terbaca masalah rumahtangga yang mengatakan perkahwinan ibarat neraka dunia bagi mereka sehingga ada yang sanggup menjadi andalusia (anak dara terlebih usia) dan bujang terlajak.Mungkin mereka belum berjumpa pasangan yang sesuai dengan mereka. Mungkin belum jodoh agaknya.

Ada jiran saya yang berkahwin lambat lebih kurang 38 tahun akhirnya berkahwin dengan jiran sebelah rumah yang sebaya juga. Kalau dah jodoh , padahal tidak pernah bercinta dan tidak mesra pun. Kenapa diaorang tak kahwin jer masa umur 25 tahun. Kan ke senang.Ingat jodoh dan ajal di tangan Tuhan.

Di bawah ialah sajak sekadar gurauan sebelum dan selepas kahwin. Tak semua jadi begini.

Before marriage.
Darling here.. Darling there...
After marriage.
Baling here... Baling there..

Before marriage.
I die for you. . .
After marriage.
"You die, up to you. "
Lagi lama married.
You die I help you!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan